Followers

Thursday, September 8, 2011

Iza buat perangai..

arini iza buat perangai tak mau ke sekolah..dikejut2 tak mau bangun..siap cakap, "ija mengantuk lah bu"...amboi...mcm drama plakk dialog dia..

nak tak nak terpaksa la ibu dukung dia masuk bathroom..berat hoccayy!! kalo tak dia sambung tido punya...

Kamu anak Malaysia ker..cer try quiz ni jab


masa mandi tu ibu ada tanya dia kenapa tak mau pegi sekolah..ija pun meluahkan perasaan dia..katanya ada abang kat sekolah marah dia dan tendang dia..siap tunjuk aksi camna abg tu tendang dia..tapi cerita dia dah lama ibu tau..sebelum ni pun dia ada mengadu benda yang sama gak..

kadang ibu confuse gak ngan iza ni..betul ker tak betul dia cakap tu, sbb dia ni suka berlakon gak..ntah2 dia tengok citer Upin Ipin, Doraemon atau Shin Chan banyak sgt..sbb iza suka tiru aksi dorang..emm berapa banyak sbb daa..

emm, ntah lahh ..adakah itu alasan dia tak mau sekolah?..ke dia masih terlalu awal untuk ke sekolah?


Tuesday, September 6, 2011

Iwan Syahman - Shalat Dulu



lagu ni izza suka sgt..kalo naik kereta mesti dia suruh bukak lagu nih..siap nyanyi sama lagi..cuba kita dengar kan..





Kembali setelah bercuti

hai semua, ape kabo?

mesti korang semua still mood raya kan..ibu ada sikit jer mood tu..sbb seminggu cuti yang diberi oleh company ibu gunakan puas2..mmg raya sakan ler tahun ni..tahun ni semua rumah sedara mara ibu terjah..haha..dari pagi sampai petang, tak abis beraya lagi..kesimpulannya, raya tahun ni kira best gak lahh..


semalam ibu start bekerja..alhamdulillah, semangat kerja tu dah datang balik..tak mcm minggu sebelum nak cuti..malas ya rabbiiii...mmg ke laut la semangat tu..huhu..


Gambar Raya? ish..takder langsung..tak percaya? PERCAYALAH..satu pun takder..ntah, kenaper takder pun ibu tak tau..ibu pun pelik ..satu gambar raya pun ibu tak amik..mungkin sebab tahun ni raya first kat umah family papa sebelah pagi ..ptg plak family seblah ibu..selalu kitorang amik gambar kat family sebelah ibu masa raya pertama..tahun ni tak sempat nak bergambar sesama..tu yang tak teringin langsung nak amik gambar kot..hehe..


anyway, ibu ucapkan selamt bekerja semua..semangat bekerja, sbb cuti dah abis.. tunggu tahun depan jer lah kalo nak cuti lagi..huhu





Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Merdeka..



Selamat Hari Merdeka yang ke 57 semua..

Betul ker korang anak malaysia..meh kita pastikan! Klik sini laju-laju

hari ni hari kedua kita beraya..ok tak raya tahun ni? anak2 dapt banyak duit raya tak?

anyway selamat bergembira..

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Pertama



SELAMAT HARI RAYA SEMUA..

Raya ni mesti beg korang kotor kan sbb isi banyak barang..jom kita cuci-cuci sikit..kesian beg kita!!



Friday, August 26, 2011

Wish you all Selamat Hari Raya Aidilfitri..


kad raya untuk semua

Di kesempatan ini, ibu n sekeluarga igin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang membaca blog ini..Maaf sekiranya ada kata2 yang menyinggung perasaan..Semoga Hari Raya kali ini mendapat keberkatan daripada Yang Maha Esa..

Pesanan untuk semua..

1. Sesiapa yang balik kg tu, berhati-hatilah di jalan raya.biar lambat asal selamat sampai ke destinasi yang di tujui..tapi peringatan untuk yang lambat2 tu, jgn lambat di lane kanan, lambat di lane kiri yer..huhu

2. Mercun2 tak mau main yer..kalo budak2 kecik nak main gak, panggil la ayah, pakcik2 ker yang dah besar main bersama..tak kisahlah nak main mercun jenis ape, thunderking ker, thunder clap ker, bom tangan sekalipun, yang penting ada org dewasa bermain bersama..budak2 duduk jejauh yer..

3. Masa raya2 nanti, jgn banyak minum air manis atau air gas..kang tak pasal2 lepas raya, dapat penyakit diabetes plak..banyak kan minum air suam yer...makan pun berpada2 juga, jgn la melantak sampai perut pecah, kang tak pasal2 jadi arwah sbb mati kekenyangan..hehe

4. ni yang penting ni..masa ni lah kita nak bermaaf-maafan sesama manusia..manalah tau, tahun depan tak jumpa lagi..sob sob


oklah tata..

Wednesday, August 24, 2011

Persiapan Raya..

hai semua, macm mana ngan persiapan raya korang..mesti dah settle kan..ibu? belum lagi settle..baju raya masih tak beli lagi..apa-apa pun belum ler..yang dah beli pun just kuih raya 3 jenis..haha




sbb ibu malas nak buat kuih, ibu beli jer ler kuih ni ha..kuih tart nenas n cappuccini kukis..every year mesti beli tart nenas kat akak ofis nih..satu lagi kuih batang buruk..dah order tapi tak dapat lagi..peberet ibu tu..

pasal baju raya plak, hari sabtu ni baru nak gi beli..itupun ibu n papa dah start cuti raya..hari-hari sebelum ni tak sempat nak gi beli..sbb kalo hari bekerja tak larat der nak kuar malam2 nak gi shopping..letih sgt..

oklah, sblm tu ibu nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN in advance...



Monday, August 22, 2011

Berbuka Puasa...

kadang2 seronok gak bulan ramadhan ni..bulan yang dilimpahi rezeki..ramai yang bermurah hati nak belanja berbuka puasa..

so, semalam, kitaorang anak beranak bebuka puasa kat Royal Bintang Seremban..kawan papa yang keje kat situ belanja.. ibu lama dah tak jejak kaki kat situ sejak berenti keje kat Royal Bintang (formerly Royal Adelphi)tu..

meh la tengok apa aktiviti kitorang kat situ..


ini suasana ruang asiatique masa kitorang sampai..tak ramai org lagi..sbb kitorang sampai paling awal..huhu


aktiviti iza..tulis-tulis kat whiteboard..bagus jugak ada benda nih..kalo tak, mesti dia merayau2, melompat2, berlari2..huhh..

menu berbuka ibu, nasi beriyani..sambal udang..sambal ni bukan ibu yang balun, izza yang balun semua..

iza pun makan nasi beriayani..berkerut2 muka sbb makan benda pedas...sepinggan besar tu dia bleh abis..ish ish, lapo bebenao ke nak?...

desert ibu n papa..cedap2 semua..

mmg lumayan la makan semalam..kalo perut ni cap tong, rasa nak makan jer semua makanan kat situ..tapi makan sikit jer dah kenyang..kalo nak rasa yang lain tu terpaksa sumbat jer..org belanja kan..mesti lah amik kesempatan... bukan selalu bleh dapat peluang cenggini..

p/s: nanti 24hb pun dapat makan free lagi..company plak belanja...murah rezeki...


Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers