Followers

Wednesday, September 23, 2009

mood raya..

hari ini ibu dah masuk keje dah..tapi nak buat keje pun mcm ndak tak ndak je..hati masih dalam mood raya lagi nih..tapi nak wat camner nak cari rezeki punya pasal, keje pun keje lah..

hari ini baru hari yang ke 4 kita berhari raya..ibu belum habis lagi ziarah sedara mara ibu nih..tapi ibu n papa akan ziarah diorang lepas keje nanti..maknanya malam la baru kuar beraya..nak wat camner..siang bekerja kan..

alhamdulillah, raya tahun ni ibu rasa ok sikit.. n semestinya meriah sgt coz ramai sedara mara ibu datang bertandang ke rumahh..izza pulak loaded tahun ni..banyak dapat duit raya..kui kui..

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA



permatapapaibu nak ucapkan selamat hari raya kpd semua warga blogger.
semoga raya tahun ini raya yang paling bermakna untuk semua..amin

Wednesday, September 16, 2009

yayyy..cuti raya!!!

ibu dah amik cuti raya..jumaat ni ibu start cuti sampai khamis depan..syiok giler...ibu dah buat planning ngan papa dah sempena nak raya nih..
hari jumaat ibu nak kemas rumah aper yang patut.. malamnya ibu ngan papa nak shopping baju raya n mcm2 benda kat bazar di ampangan sini...kitorang tak beli lagi pun..masa tak der..hehehe..baju raya izza, uwan n nenek dia dah belikan..banyak dah..tak yah beli lagi..
hari sabtu plak..kemas umah lagi mana yang tertinggal..pastu petang kitorang balik kg kat Port Dickson..

best2

Saturday, September 12, 2009

durian runtuh..

orang kata kalo tangan kanan gatal2 jer, mesti nak dapat duit..tak tau betul ker tapi ibu asyik gatal2 tangan 2 3 hari ni..rupenya betul la..smlm ibu dapat durian runtuh drpd boss ibu..best2..baik tul boss ibu nih..walaupun ibu baru keje 6 bulan, tapi bonus raya yang dia bagi mmg besttt...tak sangka ibu..dulu ibu keje kat company lebih besar daripada skrg pun tak dapat banyak camtu (bukan tak banyak, tak dpat langsung adalah..kedekut tul)..

terima kasih boss..ni yang sayang kalo berenti ke haper ker..

Friday, September 11, 2009

apa kaler raya tahun ni?

raya tahun ibu n papa decide nak pakai baju raya kaler merah..bukan merah makngah tu, tapi merah cam nak ke maroon sikit..ada ker?

tahun2 lepas kitorang pernah pakai kaler hijau, coklat..tahun ni nak kaler meriah sikit..lagipun izza dah besar..so senang la nak pilih baju kurung yang sesuai untuk dia..kitorang beli jer yang ready made..mals nak tempah2 ni..sama juga harganya..tapi mesti ramai yang kata, takut nak beli yang ready made..takut sama plak ngan orang2 lain..nak buat camner kan..nak menempah tak der masa..bz memanjang..
senang2 beli jer kat kedai..bukan selalu pun..setahun sekali..

ishhh, raya lagi seminggu..tapi takde preparation aper2 lagi..beli baju pun belum, kemas umah pun belum, buat kuih pun belum..aduss ..banyak tul aktiviti nak kena settlekan..nampaknya nak tak nak terpksa lah hujung minggu ni ibu turun padang settlekan semua tu..tang kuih raya mgkin ibu tunjuk2 jer..tak larat nak buat..mgkin ibu wat kek simple jer menjelang nak raya nanti..mcm2 hal...

Thursday, September 10, 2009

kopak aku !!!!!!!!!



hari ini ibu kopak 200 hengget...adusss..tension tul ibu..dah lah nak raya..duit habis camtu jer..sekelip mata..semua gara2 kerakusan ibu nak cepat ler..so, abis lah ibu "terlanggar" lampu merah (sebenarnya tak merah lagi masa tu, still kuning..mungkin time tu dah termerah plak, terpaksa la langgar sbb nak brek tak sempat..hehehe) ..ingat tak de mende, tup2 kebetulan ada plak polis trafik ntah datang dari mana suruh ibu benti tepi jalan...aduii malu siot...lastly dia bagi "surat cinta" kat ibu..siap ada pesanan lagi, sila bayar sebelum 11/09/2009 yer..kalo tak masuk court..ibu senyum jer arr...tu la salah sendiri padan muka..

kejadian tu sbenarnya 2 bulan lepas..tapi baru teringat nak bayar sbb due date dah dekat..

p/s: ibu bayar saman tu kat MyEG Services jer.senang lgpun malas nak gi balai polis..jauh ler..

Wednesday, September 9, 2009

raya di mana?????????

N3 kali ini ibu nak cerita tentang raya di mana tahun ni?? (hehehe, ibu n mummy lain sibuk citer juadah berbuka, ibu plak sibuk citer nak raya..huhuhu)

yayyy!! tahun ni ibu akhirnya dapat beraya di kampung pada hari pertama hari raya..sbb 2 tahun sebelum ni ibu beraya kat belah papa..

tahun pertama bergelar isteri..so kenalah ikut suami kan..berayalah ibu kat seremban..umah mertua ibu..
second year, masa tu izza pun dah lahir..papa ajak beraya kat kelantan..kg nenek dia.bengang jugak ngan papa..sbb giliran kg ibu sepatutnya tahun tu..tapi tak per lah..sayang papa punya pasal..ibu ikut jer....biasalah kat kelantan dorang tak raya sgt. raya haji baru dorang raya..so tak berapa nak meriah ler..tahun tu jugak ibu kehilangan atuk ibu pada hari raya kedua..terkilan ibu tak dapat jumpa arwah atuk..sbb biasa hari pertama mesti jumpa atuk dulu..
so, tahun ini ndak tak ndak papa kena beraya kat kg ibu..giliran kg ibu dah tiba..pasti meriah sbb kat kg ramai sedara mara ibu akan bertandang..pasti best raya tahun ini..izza pun mesti banyak dapat duit raya..sbb semua adik beradik ibu dah bekerja..lumayan ler tahun ini..dah ler baru sorang anak buah dorang nih..hehehehe

kesimpulannya, raya tahun ni paling best di dunia..hahaha.yayy..

Thursday, September 3, 2009

Penantian suatu penyeksaan..

tak hengat tajuk n3 kali ni..mcm lirik lagu plak...
sebenarnya, hari ini hari yang ibu tunggu sejak bulan julai lepas..tapi cek punya cek result tu kena postponed plak seminggu lagi..bengkak je hati ibu..geram tul lah..dah lah semalaman ibu tak leh nak tido sgt..kalo tido siap mimpi2 lagi..aduiii..tuhan je yang tahu dup dap hati ibu nak tunggu hari ini..
;

;
;
;
;
;



MAKLUMAN


Keputusan temuduga bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang diadakan pada 1 Julai -31 Julai 2009 akan diumumkan pada 14 September 2009 (Isnin).

Sebarang kesulitan amatlah dikesali, harap maaf.
;.
;.
;


p/s...ibu harap ibu bleh dapat job ni..tapi saingan ramai tul..dengar citer 500 orang di interview untuk post ni..yamg nak pakai cuma 300 orang..rasanya harapan mcm tipis jer..takper lah , tak dapat pun tak per..tak der rezeki ibu keje kerajaan..

Tuesday, September 1, 2009

aduyaiii...

bulan ni (actually bulan lepas + bulan ni) ibu kembali bz..tender baru masuk..so apalagi kebizian ibu mula melanda..tak sempat nak godek blog ni nak wat new post..ada banyak citer tapi nak menaip tu jadi malas..ye la ibu nak taip bq ni melambak2..sakit pala ibu..dah la pose..angin dah naik kepala..pandang orang pun dah jadi double..hehhee

semenjak 2 menjak ni..ibu keletihan sikit..rehat pun tak sempat..betul2 rehat pun waktu tido malam ..itupun kadang2 kul 11 kul 12 baru bleh tido..mcm2 keje kena settlekan..ditambah plak izza asyik merengek tengah malam sbb dia tak berapa sihat..aduyaii..penat betul ibu...tido pun tak berapa cukup..rasa nak menjerit jer..sabar2 ibu..ini bulan pose..

izza kalo siang aktif jer...tapi kalo malam dia dah start buat hal..tido 2 3 jam dia mula nak menangis..sume gara2 kahak dia tersumbat kat tekak tu..kalo dah terjga dia menangis plak..menangis kalo sekejab takper..siap meraung n kadang2 siap muntah lagi..yang bagusnya kalo dia dah muntah, kahak yang tersangkut kat tekak dia kuar semua..alhamdulillah, pastu dia rasa lega n tido balik..fuhh..time2 cenggitu la ibu kena sabar ditambah ngan penat..ibu sabar lagi..aduyaiii..mende ni dah jadi bberapa kali..ibu pun dah bawak jumpa doktor..doktor kata pun izza clear..takder aper2..mintak dijauhkan lah drpd wabak2 yang sedang melanda malaysia skang..aminnn


itu lah saje luahan hati ibu..noktah..


semoga izza cepat2 sembuh...amin
Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers