Followers

Showing posts with label family day. Show all posts
Showing posts with label family day. Show all posts

Monday, July 18, 2011

family day ..16.07.2011

hari sabtu hari aritu, kitorang ader wat family day..kitaorang buat kat banglo sewa di taman mutiara port dickson dekat ngan institut latihan fama..kalo nak tau, family day ni diadakan julung-julungkalinya..
meh la kita tengok gambar sekitar family day tu..

ader barbeque..banyak giler sampai tak termakan..ibu makan sampai round ke tiga..hehe

ader buat games untuk kanak2..tapi iza tak mau join..dia yang sepahkan games tu adalah..

masa ni iza tak mau ikut ibu..dia tetap nak duk kat situ..ibu tarik dia sbb dia ganggu games..menangis sakan dia..lastly biorkan dia kat situ jer..lantak ehh..lepas abis games ni ibu bawak dia mandi kolam..hepi sakan dapat main air..

/>
malam tu ader gak games untuk staf dan ahli keluarga...papa masuk games amik gula2 dalam tepung..havoc gile..muka semua dah mcm mumia...


pastu ader plak acara karaoke..sila lihat budak kecik tu..dia pun nak karaoke gak..jadi backup singer..siap menari lagi...malu ibu sekejap..dalam hati ibu, confirm masuk keje hari isnin, kena sakat ibu nih..huhuu



acara akhir ada cbutan bertuah dan penyampaian hadiah..pastu GM pun bagi sedikit ucapan..cabutan bertuah ibu dapat seterika..banyak plak seterika kat umah haii..

So, kesimpulannya, family day mmg best walaupun sekejab jer masanya, tapi kenangan tu amt bermakna buat staff company ibu..jarang kitorang wat, tapi amat berbaloi..mintak2 kalo ader rezeki bleh la buat lagi..



Saturday, July 16, 2011

family day ..

hari ni ader family day kat Port Dickson..tapi ini family day company ibu plak..ibu slalu cerita family day office papa jer kan..actually nak cakap family day pun tak juga, sbb just buat barbeque & adalah aktiviti sikt..more than gathering sesama pekerja gitu.. yerlah setelah berhempas pulas bekerja, kitorang pun nak spend time bersama2..boleh mengenali hati budi masing2, sbb semasa bekerja kitorang just bz kerja sampai tak ingat yang lain2..

nanti ibu update family day ni..kalo nak tau ini adalah family day yang pertama setelah anak boss amik alih company..sblm ni takder yer..harap maklum..kompeni kecik katakan..

p/s siap mlm tadi mimpi tak sempat pegi family day..haru tull..

Tuesday, March 15, 2011

Fun Fair...

Sabtu malam ahad lepas, papa, ibu & Izza meronggeng pegi funfair kat supermarket ocean tu..bukan main suka si izza, sbb dia dah lama nampak funfair tu setiap kali ibu hantar dia gi umah wan..asal nampak jer, ibu ija nak naik kuda kecik..hari hari cakap mende yang sama, naik jenuh ibu nak menjawabnya.. so tak mau bagi dia cakap hari2, ibu n papa bawak la gi situ..kita layan pics la..

puashati naik kuda kecik dia..

naik cawan berpusing plakk...

naik ulat gonggok...huhu

naik kapal terbang..masa dia naik mende nih, dia pejam mata..huhu

takut si iza naik mende ni..peluk ibu sepanjang perjalanan..ibu pun takut gak..gayattt..serammm..


kesimpulannya, iza puashati..siap taknak balik..nak naik lagi 1 round lagi semua permainan kat situ..

ibu n papa dah lapar nih..tak larat dah nak layan si izza main..so ktorang pegi ke senawang makan satay kajang hj samuri..lama tak makan kat situ..sorri no piccas..lupa nak snap gambar satayyyy..

Wednesday, August 4, 2010

Family Day..

kalo ingat entry yang lepas, ibu ada kata nak pegi Hotel Palace of Golden Horses kan? ya, ibu gi sana sbb ada family day company papa..huhu..best gila tapi panas ya ammmattt..mmg sesuai dengan tema family day kali ni..Tanjong Summer Carnival..dah tajuk dia summer kan, so keadaannya pun summer..mmg hot..sampai kami anak beranak jadi org itam jab..hahaha

jom la kita layan gambar..gambar suasana n gambar izza banyaklah..gambar ibu n papa takdakk..takder mood nak bergambar sbb panehh..zassss


ini bahagian luar a.k.a belakang hotel..iza siap nak naik atas kuda tu..huhu
..mana la boleh..


Suasana sekitar karnival..banyak belon..sampai2 jer kat situ, izza sibuk nak belon..akhir karnival, 2 bundle belon dia bawak balik..itupun ibu pakai rembat jer..


benda pertama dia nampak..mini playground..belum sempat ibu nak buat aper2, dia dah meluru n serbu terus..terpksa la mengejar budak kecik nih..


ni satu lagi playground..ibu terpaksa tunggu 1 jam lebih tengok dia main dalam tuh..jadi makguard ibu kat situ...boringg..


ini entertainer yang meriahkan family day nih..cekci ler dancers tu sume..iza kalo dngr lagu rancak mula la dia pun nak joget sama..siap suruh ibu bawak dia naik atas pentas..ishh..malu jer ..


izza takut2 nak jumpa clown2 tu sume..tapi bila dah dapat belon yang digubah jadi arnab n bunga drpd clown tinggi tu, terus dia berani..hahah


izza dah penat main dah..dah penat lari2 dah..so izza kena rehat..lagipun hari dah panas..masa ni, pemenang lucky draw sedang diumumkan..kitorang punya nombor not the lucky one ler..


buku tu dapat drpd door gift family day ni..si izza plak tak sabr2 suruh ibu bukak mende tu..dia kata dia nak baca..tak penyabar minah nih..masa lunch dia sebok suruh ibu baca sambil mulut dia penuh ngan sate..aduii..ibu pun bace jer lahh..hmm


ini aktiviti paling ditunggu izza..lake cruise..syiok giler tengok permandangan kat tasik nih...


budak kecik tu sebenarnya dah ngantukk..tapi dia tahan jer mata tu sebab nak sgt naik bot..ibu sebenarnya pun dah mengantuk gak sbb terkena angin tasik yg nyaman tu..


akhirnya, kami seronok ngan family day ni..lihat la kulit kami yang dah kena sunburn..dah la kami gelap, bertmbah la gelap lagi..huuhu..

kitorang balik lebih kurang kul 3.30 ptg..masuk jer kete iza baring2 n tup2 dah tido dah dia..haha..keletihan sbb satu hari bermain sajer..


Tuesday, December 29, 2009

Lawatan ke Zoo Negara

Sambungan drpd entry yang lepas, ibu ada kata nak gi zoo negara sbb nak bawak iza jalan2 tengok haiwan2 kat sane kan?

ptg sabtu tu balik je dari kerja, ibu n papa rushing gi kenduri kawin kat mambau..then abis jer makan2 kitorang pegi ke Hulu Kelang terus...izza dalam kete dah tak sabar2 nak pegi tu..asyik membebel jer dalam kete.."ibu, nak pegi zoo..nak tengok zirafah, gajah"...ntah hape dia cakap lagi ibu dah tak ingat...sampai je area KL, hujan pun turun dgn lebatnya..jalan plak jam..dalam hati ibu, mesti tak kesampaian hajat si izza..tak dapat la nak tengok zoo sbb hujan lebat..

Tapi Alhamdulillah, sampai jer kat Zoo Negara, hujan dah berhenti..rezeki izza nak tengok zoo..

sampai jer kitorang beli tiket..ibu ingat tiket setakat rm 5 ~ 10..rupanya rm 20 seorang..izza plak masuk free jer..terkejut gak ibu bila dngr harga dia..yer lah last ibu pegi zoo masa ibu umur 7 ke 8 thn..tak ingat dahh.. dekat 20 thn lepas .masa tu ibu ikut rombongan naik bas sekolah..masuk camtu jer..mana nak tau harga mahal camtu ..hehheehe

sekarang zoo dah ada prosedur nak masukk..siap ada bar code lagi..macm kat sunway lagoon plakk..kena pakai gelang..ok lah tu..keselamatan...

mula2 kitaorang round2 jalan kaki dulu..ramai gak orng dalam zoo nih..tak rasa penat sbb enjoy..izza siap berlari2 ke sana sini..suasana redup jer n fresh jer..

dah abis round , kitorang naik tram plak..sajer naik..tapi kena beli tiket dia dulu..sorang rm 3 jer.. kanak2 rm 2 kot..lebih kurang gitu la..relak jer naik tram tu..best sangat..

ok lah..layan jer gambar nih..



"ibu, kita nak gi mana nih?"...


ibu n izza tangkap gambar ngan badak...


pa n izza kat kandang beruang..


berlari-lari bila nampak zirafah..mcm orng jakun jer izza..selama ni tengok kat TV jer..bila nampak yang real, terus tak ingat ibu n papa..




hujan renyai2 masa ni..terlupa bawak toppi izza..terpaksa pakai kain kat kepala..kang demam plak nanti..masa ni kat tempat burung flamingo..



banyak lagi kat kamera papa...lain kali jer tempek yer...

Saturday, December 26, 2009

Aktiviti Hari Ini

ibu rasa semua orang mesti tengah cuti2 malaysia kan sekarang...ibu plak keje hari ini..tension jer..cubalah bos bagi coti ker haper..setengah hari pun berkira gak ker?? ish ish..ahh malaslah nak marah bos hari ni..lain kali jer..

Aktiviti Hari ini, seperti ibu n papa rancangkan, lepas ibu balik keje jab lagi, kitorang gi kenduri kawin kawan papa kat mambau.. habis jer makan2, kitorang akan gi Zoo Negara kat Kl tu..sebenarnya lama dah nak bawak izza gi tengok haiwan2 kat sana..cuma takder kesempatan jer..yang seronoknya izza ler..selama nih dia dok asyik tengok kat Tv jer, skrg boleh dia tengok yang real punya..

Nanti ibu update lagi yekkk

Selamat bercuti

Monday, August 3, 2009

Family Day at Sunway Lagoon 2...

ibu nak update pasal family day ibu kat sunway lagoon..kali ni entry ibu full ngan gambar sajerk..ini baru sebahagian..ader lagi gambar kat hphone papa..gambar ni sume ibu malas nak edit..check it out!!


kad jemputan ke family day..tema pakaian, beach attire..
boleh tahan gak attire dorang kat situ..cuci mata tu beb!.untuk yang lelaki...
bagi ibu plak, sakit mata ...kui kui kui


kata2 aluan oleh penganjur..izza terjerit2 nak belon..
akhir majlis, dia dapat 4 biji belon...puas hati izza..tersengih2


aktiviti senamrobik..fun activity..semua orang ikut bersenam. izza pun ikut bersenam gak..menari2 dia kat situ..photographer untuk hari tu pun asyik amik gambar izza jer..happy tul


aktiviti mandi..mula2 izza takut2 nak main air kat situ..tapi lama2 bila dia dah ok n kawan2 sebaya dia pun ramai yang main air, dia apalagi..tunjuk kehebatan dia lah..hehehe




majlis dah abis..so kitorang amik peluang round satu sunway pegi tengok zoo n naik permainan yang ader kat situ..sume free beb!! company support..besh giler..

ringkasan untuk hari itu: SERONOK, FUN, BESH, HAPPENINGS..kalo boleh nak lagi tahun depan..

hari tu kitorang dapat induction cooker untuk lucky draw..ok lah tu..
balik umah sume keletihan n tido

Friday, July 31, 2009

Family Day At Sunway Lagoon

Esok ibu, papa n izza akan pergi ke Sunway Lagoon. kitorang ader family day syarikat papa..tak sabar plak nak gi..sbb jarang kitaorang berlibur gitu sbb bz selalu..nanti ibu update lagi pasal family day ni..



Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers