Followers

Thursday, December 1, 2011

happy berganda...

arini happy sgt..walaupun kepala ni masih berpinar-pinar, tapi bila dengar berita gembira ni langsung hilang kepeningan itu..

ibu hepi sgt sbb tahun depan mak n abah akan dapat 2 org cucu..jgn salah sangka , ibu tak mengandung kembar..maksudnya, anak daripada ibu sendiri dan anak daripada adik ibu yang baru kawin bulan 4 aritu...wah happynya..nampak gayanya tahun depan sesama kitorang berpantang kat kg..sonoknya..baru ader geng berpantang kan..

lagi satu dalam family ibu , boleh dikatakan ader 4 org sedang mengandung ..sepupu ibu, ibu, adik ibu dan makcik ibu...tahun depan, masa hari raya ramailah budak-budak tecit nih..hahaha..

anyway, congartulation tu adik ibu yang akhirnya berjaya jugak mengandung setelah berusaha..hahaha..dah la tu sama pulak ngan ibu bulan bersalinnya..pandai ko kan ..hahha

meh kita tengok masa iza kecik2..agak2 muka adik iza yg akan datang ader muka camni gak ker...huhu..

Wednesday, November 30, 2011

Konsert Izzati update

dah lama dah entry ni dah tertangguh..sampai iza dah cuti sekolah dah baru nak update entry...bukan per..ibu tak der semangat langsung nak taip..sbb mabuk yang teruk..tak leh nak buat aper kecuali lelap lelap lelap..kalo tak lelap hidu bau vicks bagi hilang pening..seksa rasanya..

actually malam sebelum konsert iza dah stasrt demam..punca demam dah tentulah penangan ice blog. itupun atuk dia yang belikan..sbb dia berjalan2 ngan atuknya..kalo mintak kat atuk mesti dapt punya..kalo mintak kat ibu confirm tak dapat..sbb izza kalo dah pekena ais, mulalah batuk selsema..paling teruk kenalah demam sehari dua..esoknya masa hari konsert mood tak berapa elok, badan tak berapa sihat dan asyik nak berkepit ngan ibu..

ok lah, tak nak bebel banyak2, kita tengok je gambar kat bawah ni

iza yang asyik nak kat ibu..kawan2 lain sibuk nak berkonsert, dia plak sibuk berkepit ngan ibu..kesian izza..kalo dia tak demam mesti dia suh ibu duk kat tempat penonton tu..
alhamdulillah, bila konsert dah mula start, serta merta iza suh ibu gi kat papa..uii, lama gak nak meneman dia kat belakang pentas dek hilang mood sbb demam...
cuba teka iza kat ner..budak yg paling montel kat situ haa...huhu..
yang ni persembahan iza..sketsa flora & fauna..iza jadi bunga a.k.a flora..masa ibu tengok persembahan dia ni, ibu jadi sebak plak sbb tak sangka iza dah jadi budak besar dah..sob sob..
ni masa finale konsert tu..iza & kenkawan & teacher tadikanya..masa ni dorang nyanyi lagu auld lang syne (berjumpa & berpisah)..sedih plak dengarnya..ibu lagi sedihla bila tengok izza nyanyi pun takder semangat..mungkin penat sgt dan ditambah plak ngan demam..kalo ingat2 balik kesian tengok muka izza yang toya tu..

habis jer persembahan yang akhir tu, ibu n papa terus bawak iza gi klinik..tak sempat kitorang nak makan jamuan..cuma ibu sempat rembat 2 3 ketul karipap je buat alas perut.. ok lah, itu jer la suasana konser tadika izzati.itu jer la gambar yang ader, sbb tak lalu nak amik gambar bila tengok mood iza yang tak berapa ok tu..

Thursday, November 17, 2011

Konsert Izzati ..

Ingat arini nak update hari graduasi n konsert izza..tapi mood sgt tak memuaskan..so kita tengok gambar pentas dulu untuk intro...





Wednesday, November 16, 2011

tak pernah terjadi..

Mengandung kali ni betul2 buat ibu lemah longlai..dulu masa pregnantkan iza, ibu aktif jer..yang lemah longlai tu papa..papa yang ngidam memacam..ibu relak jer..tak ngidam per pun..

tapi kali ni teruk sgt..tak pernah terjadi lah dalam hidup ibu, loya sampai termuntah2, keje ofis langsung tak jalan, melepek jer, pening kepala, asyik sendawa angin jer..nak kata tak makan, every breakfast, lunch and dinner pasti makan..tak pernah miss..asam pun dah bergram-gram dah..ice lemon tea mesti ada untuk diminum tapi badan still lemau jer..

kalo masak plak, rasa taknak masak dah..time masak pun bleh terhenti-henti..masak yang sepatutnya 30 minit jadi 1 setengah jam..adoii tak leh tahan la camni..

p/s: masa taip entry ni, tetiba teringat tilam kat umah..nak TIDOOOOO....rasa nak MC jer arini..bestnya



Tuesday, November 15, 2011

M.O.O.D : Loya n mengantuk

mood mmg tak menentu arini..asyik mengantuk n rasa loya menguasai diri ibu skang..rasa nak balik umah, baring atas tilam empuk kat umah tu..heaven!!!

lunch tadi pun tak abis..tak berselera plak kali ni..padahal itu lauk feveret ibu...

nak taip entry pun makan masa 1 jam..padahal pendek jer..oklah..cukupla ..



Saturday, November 12, 2011

Konsert Tadika Izzati

Esok Hari Ahad kan..So esok ader konsert dan hari graduation untuk tadika izza..ibu tak sabar nk gi esok ni..sbb iza ader buat persembahan masa konsert tu....walaupun dia just jadi pokok yang menari2.. Huhu tak sabar rasanya tengok budak tecit tu berjoget...mesti best kan..

nanti ibu updatekan suasana konsert tu yer..

kat bawah gambar iza n kengkawan kat tadika tu masa jamuan hari raya yang lepas..gambar lama tapi layankan jer lah..hehe
kredit to Facebook Neng Norsham



Wednesday, November 9, 2011

Syukur.....Rezeki

Syukur ke hadrat Allah kerana memberi rezeki yang amat di tunggu-tunggu selama beberapa tahun ni..setelah usaha dilipatgandakan akhirnya Allah makbulkan segala doa ibu dan Papa..

kengkawan dan famili yang sering bertanya, terima kasih kerana mendoakan..pertanyaan anda dalam perjalanan 8 bulan lagi..terima kasih semua..doakan pula supaya semuanya berjalan lancar..

AMin..




Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

masih tak terlambat rasanya ibu nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kan..

minggu raya ni tak kemana-mana, just balik kg dan masak2 jer..raya tahun ni first time ibu masak rendang..nasib baik menjadi..papa pun thumbs up ..siap tambah2 lagi..huhu

balik kg pun masih masak2..tolong emak masak sup tulang daging korban..seperiuk masak sup sbb semua adik beradik balik..

hari ni start bekerja dan iza pun start balik ke tadika dah walaupun bubudak sekolah biasa still bercuti lagi..

anyway sesiapa yang bekerja arini selamat bekerja dan yang still cuti, selamat bercuti lagi..huhu



Friday, November 4, 2011

Sos Top Up 2 - Statistic

hari ni sajer-sajer tengok statistic blog ibu yang tak seberapa ni..sbb ibu jarang sgt tengok stat blog nih..malas nak godek..malas sokmo kan?? ok, meh la tengok entry aper yang paling banyak sekali direview..

ini statistic blogger yer

entry ni yang selalu di google oleh pembaca SOS TOP UP

entry ni ibu cerita pasal SOS top up untuk MAXIS..sbb ibu pakai MAXIS kan..

ini plak analytic daripada Nuffnang..
tapi bila tengok nuffnang kebanyakan pembaca cari digi sos top up..huhu, mesti pembaca tu hampa sbb ibu bukan pengguna digi sos top up ..so tak dapat nak bagitau caranya..

kalo maxis tu ibu bleh lah bagi caranya sbb dah biasa buat kan...

anyway, ibu mintak maaf yer, kalo info yang anda cari tak dapt kat sini..

untuk pengguna setia Hotlink, ibu bagi cara-cara untuk SOS top up :

Tekan *100#

Tekan menu 4. Tambah Nilai

Tekan no 5.SOS Top Up

then ikut la arahan yang ader yer.. ok selamat mencuba



Wednesday, November 2, 2011

b d yang sukar dibezakan..

ini cerita exam iza yg semalam..

cikgu iza sembang ngan ibu pagi tadi..semalam masa exam iza confuse nak bezakan huruf "b" dan "d"..asyik panggil cikgu jer nak minta pertolongan..pastu siap suruh cikgu bagi jawapan lagi.. tapi cikgu explain la kat iza , tak boleh nak bagi jawapan, sbb iza tgh exam..tapi tetap paksa cikgu bg jawapan gak..ibu yang dengar pun ketawa ler..

kesian iza..dia ingat dia tengah wat homework agaknya bleh tanya jawapan plak..
bsi perut buncit

dsi punggung besar

kesian iza tak dapat bezakan abjad berdua tu..

nanti kat umah ibu ajar ehh..



Tuesday, November 1, 2011

M.O.O.D

arini tak berapa ader mood....tak tau kenapa....buat keje malas..asyik ber FB jer....pastu isi masa lapang ngan main benda alah nih jerr....selagi tak settle level selagi tu la asyik tembak sampai dapat....life pun dah takdok.....sowi lah ....arini ibu makan gaji buta.....mood keje takder arini....esok jer la ibu keje....
p/s : sebulan sekali jer mood yang cenggini timbul..paham2... jer lahh..

Ujian Penilaian Izzati

Hari ini iza start ujian penilaian kat sekolah dia...hari ni sampai hari hari jumaat iza kena struggle memerah otak untuk ujian nih..cewahh..

semalam ibu tanya cikgu dia, ujian aper yang nak di uji kat iza nih? rupanya ujian IQ jer..ada match gambar, kenal huruf, kenal bunyi, kenal nombor, tentukan kecik besar gambar..laa senang jer ngupanya..bagi ibu senang lah kan..tapi bagi iza ibu tak tau..tapi bila tengok buku homework dia, kira ok lah juga..walaupun tak mahir nak tulis2 lagi, tapi dia paham kehendak soalan tu..

Ibu berdoa moga iza senang nak wat ujian tu, walaupun tak sihat sgt sbb iza selsema dan batuk.
iza yang gigih buat homeworknya

Thursday, October 27, 2011

Hujung minggu Izzati..

sejak iza dah sekolah, ibu dah ajar dia basuh kasut sendiri...biar dia berdikari sikit..walaupun tak sebersih mana dia cuci tu, sekurang kurangnya dia tau tanggungjawab dia nanti..takkan la ibu nak serve dia sepanjang hayat kan...huhuu

meh kita tengok ija cuci kasut..


meh ija ajar kengkawan step basuh n kapur kasut..


mula- mula basuh kasut dulu dengan sabun daia..kalo pakai sabun lain pun boleh jugak..asalkan ia boleh membersihkan kasut yang kotor tu...haha


sebelum kita kapur kasut, suruh ibu tengok dulu kasut tu bersih ke tak..kalo ibu kata tak bersih, ija kena bersihkan lagi sampai ibu puas hati..kalo ibu kata bersih, barulah kita kapur kasut tu..miamiamia..


bila dah setel semua, jemurkan kasut kat luar..biar matahari keringkan..kalo hujan kat luar tu, kita jemur bawah kipas..biar angin kipas tu keringkan nyer..tammattt

inilah keje ija kalo hujung minggu..bersihkan kasut sekolah..


Wednesday, October 26, 2011

Selamat Hari Cahaya - Happy Deepavali


Selamat hari Diwali untuk semua masyarakat india di Malaysia especially jiran sebelah umah ibu....

hari ni ibu bercuti..so apalagi, bleh tengok tv layan filem tamil atau hindustan..time ni filem tamil / hindustan best2 belaka sampai susah nak pilih nak tengok mana satu..

Tuesday, October 25, 2011

Tulisan Iza

sejak iza dah kenal huruf plus dah pegi sekolah nih, ibu ader jugak ajar dia menulis sikit2..walaupun kat sekolah dah diajar menulis, sajer ibu nak test test dia...

haritu ibu sajer suruh tulis nama dia atas kertas...terus dia jawab ija tak tau la bu..teacher belum ajar lagi..oklah..takper..then ibu pun cakap meh ibu ajar ija yer..ibu pun ejalah satu2 huruf yang ader..



taraaa..inilah hasilnya..besau gedabak kauuuu..huhu...ok lah kan..daripada tak tau..lagipun baru 4 tahun..sekolah pun baru nak masuk 3 bulan..tapi heppi sesangat bila dia dah pandai baca buku n menulis..dah besar dah anak ibu nih..keepin'up my girl..chaiyok..




Wednesday, October 19, 2011

Entah..

hahaha, entah tak tau nak letak tajuk aper entry ni.. hehe, lama tak berupdate blog ni..kemalasan melanda plus sibuk pun ade..entry lepas pun 12 hari yang lalu..sampai ofismate tanya, bila nak berupdate blog akak nih..ala, ko pun tau mcm mana akak kat ofis ni kan? lagi mau tanya....sibuk ngalahkan menteri tau..cewahh..

banyak nak cerita tapi tak tau mana nak mulakan dulu..tapi yang pastinya minggu lepas ibu ader interview company lain...sebenarnya saje2 gi interview..sajer cari offer yang lebih lagi kan..kalo ader rezeki dapatlah keje tu..kalo tak, ibu stay jer kat company nih..takder masalah aper pun....sekolah izza pun dekat.. 5 minit dah sampai..kalo dapat offer baru, pun kira dekat juga..dalam 20 minit sampai..kira ok lah kalo dalam seremban jer..huhu

oklah, nak lepaskan tension sebenarnya buat entry arini...esok ader idea bleh tulis lagi..daaa

Friday, October 7, 2011

Wordless Friday..

Wednesday, September 28, 2011

Scott Emulsion

credit to google image

Semalam ibu bagi iza makan scott emulsion perisa oren..org kata scott emulsion ni bagus untuk ketahanan badan .. bagusla tu...sbb tiap2 tiap bulan iza mesti demam..kalo tak demam, mesti batuk atau selsema..bila check kat doktor, doktor cakap imun badan tak kuat..

nak dapatkan Samsung Galaxy SII tak? ..Klik sini laju2..

ibu pun survey2 la tenet mcmna nak bagi imun badan budak tecit ni jadi kuat...dalam banyak2 forum yang ibu baca, banyak mention pasal scott emulsion..so apalagi, beli la sebotol untuk iza..ingat nak beli yang asli punya..sbb ada senior ibu cakap, yang asli ni lebih bagus drpd yang berperisa..tapi ibu takut kang si iza ni termuntah plak kalo makan, so ibu pun beli jer lah yang ada rasa oren..

so kita tengok dulu bulan ni, samada iza demam tak..kalo tak demam maknanya imun dia sudah kuat..tunggu dan lihat jer lah yer..


Thursday, September 22, 2011

Happy Belated Birthday PAPA!!!!

belated?? yer belated..sbb semalam ibu lupa tarikh harijadi papa..so so sorry papa..tak teringat langsung 21.09 tu tarikh harijadi papa..mmg tak ingattt..apalah nak jadi ngan ibu ni..mudah pelupa sekarang..yer lahh..mcm mana boleh tak ingat..mcm2 ibu fikir..hehe..sorila papa yer..anyway, ibu ucapkan papa panjang umo, rezeki bertambah dan impian papa akan termakbul..sayang papa sgt2..i luv u!!


my first darlingggg..


my second darlingg...



Wednesday, September 21, 2011

teringin nak update blog..

mcm org mengidam plak kan..teringin yang ntah haper2..ya, ibu mmg teringin nak update blog ni setiap hari..tapi apakan daya..ibu bz melayan kerja ofis yang bertimbun..

pastu ditambah lagi bluetooth device ibu hilang ntah ke mana..terbantut nak update gambar untuk menyerikan blog ibu yg tak seberapa nih..banyak gambar nak upload, especially gambar izza yang terkini...nampaknya kena beli yang baru ler..

Aperrrr? kabel usb handphone? sorilah, ntah mana2 papa letak dah kabel tu.. bluetooth device tu la satu-satunya gajet untuk ibu upload gambar dari handphone..sob sob..kesian tau ..teringin la sgt..huhu



Saturday, September 17, 2011

Selamat Hari Jadi Mak..

hari ini hari jadi mak ibu yang ke 53 tahun..still muda lagi..huhu

"Mak, elly doakan mak sihat sentiasa..rajin-rajin makan ubat kalo nak sembuh cepat..elly doakan semoga mak panjang umo dan murah rezeki..aminnn.."


ini gambar raya 2009 ..masa ni mak baru lepas sembuh dari penyakit misteri..badan dia masih kurus mcm tu juga sampai sekarang..moga emak cepat pulih sepenuhnya..teringin tengok mak chubby sekali lagi...


Thursday, September 15, 2011

Bz memanjang,..


wah last entry aritu pun dekat seminggu lepas..ibu bz sgt..mcm2 kerja kena buat since balik bercuti raya aritu..kalo bukak internet pun cuma tengok FB ...itupun sekejab jer..tgk updated status kengkawan...kadang2 baca juga blog kengkawan kat Google readers..nasib juga ader google readers..bleh baca update blogger yg ibu follow satu per satu..

hujung bulan ni internal audit akan diadakan..tu yang busy sesangat..banyak yang kena update..e-tender pun belum siap documentation..nak hantar minggu depan nih..adoii.

entry ni pun buat pagi2 kat ofis lepas hantar iza ke tadika..ader masa sebelum kul 9 taip la kejab..

SELAMAT BEKERJA SEMUA..start kul 9 ibu dah bz semula..sekian citer bz memanjang....


Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers