so, semalam, kitaorang anak beranak bebuka puasa kat Royal Bintang Seremban..kawan papa yang keje kat situ belanja.. ibu lama dah tak jejak kaki kat situ sejak berenti keje kat Royal Bintang (formerly Royal Adelphi)tu..
meh la tengok apa aktiviti kitorang kat situ..
ini suasana ruang asiatique masa kitorang sampai..tak ramai org lagi..sbb kitorang sampai paling awal..huhu
aktiviti iza..tulis-tulis kat whiteboard..bagus jugak ada benda nih..kalo tak, mesti dia merayau2, melompat2, berlari2..huhh..
menu berbuka ibu, nasi beriyani..sambal udang..sambal ni bukan ibu yang balun, izza yang balun semua..
iza pun makan nasi beriayani..berkerut2 muka sbb makan benda pedas...sepinggan besar tu dia bleh abis..ish ish, lapo bebenao ke nak?...
desert ibu n papa..cedap2 semua..
mmg lumayan la makan semalam..kalo perut ni cap tong, rasa nak makan jer semua makanan kat situ..tapi makan sikit jer dah kenyang..kalo nak rasa yang lain tu terpaksa sumbat jer..org belanja kan..mesti lah amik kesempatan... bukan selalu bleh dapat peluang cenggini..
p/s: nanti 24hb pun dapat makan free lagi..company plak belanja...murah rezeki...





No comments:
Post a Comment