Followers

Thursday, December 23, 2010

mungkir janji lagi..


senyum terover drpd Izza

ini rentetan daripada entry ni & entry nih..malu jer..nyurukk cepatt..

hehhe, sori lah nyer...ibu mmg tak der masa la nak wat entry..yang buat tu pun ada masa lebih..yang lain2 takder idea..kalo ader pun mcm mengarut jer..nak mengarut mmg senang, tapi takut org meluat plak..ahh, lantak la yer kengkawan sume..buat la entry mana yang terdaya..kalo ada, adalah, kalo takder, paham2 jer lahh ekk..huhu..sowieee



Monday, December 13, 2010

The Cronicles Of Narnia


The Lion, The Witch And The Wardrobe


The Prince Caspian


The Voyage Of The Dawn Treader

9 dec aritu cerita Narnia yang terbaru dah keluar kat panggung wayang..tak sabar nak gi tengok sbb ibu memang mengikuti cerita ni dari siri pertama dulu..tak tau lah best ke tak kali nih..tapi yang paling best ibu rasa siri pertama dulu "The Lion, the Witch and the Wardrobe".. memang syiok habis la cerita ni..ibu tengok ntah berapa kali..tak pernah miss kalo kuar kat tv..wajib ditonton..tak siapa bleh kaco kalo tengok citer ni..best gile..

mesti korang kata ibu mcm budak2 kan tengok citer ala2 fantasi nih..huhu..nak wat camner kan..sejak dari azali ibu mmg minat citer yang berfantasi..tak kira cerita aper..contohnya "Charlie & Chocolate Factory, Harry Potter, Spiderwicks Chronicles, " dan macam2 lagi lahh..kalo citer animasi pun ibu suka mcm Ice Age, The Shrek , Toy Story, Monster Inc, dan mcm2 lagi.. kesukaan ibu tu telah diwarisi oleh izzati..dia mmg layan citer mcm nih sbb dia seronok tengok haiwan yang ada kat dalam citer tu..

tak sabar nak gi tengok Narnia..nak ajak papa n iza pergi tengok..tapi tak tau bile free nak gi walaupun free of charge masuk panggung..huhu


Monday, November 8, 2010

Demam Denggi...

hai semua.. saje nak citer pasal demam ni..weekend lepas mak mertua ibu dimasukkan hospital gara-gara demam denggi ni..kesian dia..3 hari demam tak kebah..rupa-rupanya bila check kat hospital, dia disyaki ada denggi..seriau ibu dengar ..sbb takut iza pun kena gak..

ibu risau sbb dua hari wan dia demam, izza pun demam..ibu cepat2 bawak gi klinik..suhu naik 39 darjah celcius..panas tu..doktor tu plak just bagi ubat demam..alhamdulillah..izza tak aper..mungkin juga terkejut sbb seminngu tu bukan wan yang jaga dia, tapi atuk yang jaga..so dia rasa perhatian tu takder sgt..sbb tu demam terkejut..


izza yang demam..

sebaik jer MIL dah jadi suspek denggi, terus papa buat clearance kat umah tu..nak harap kat atuk izza pun tak bleh juga, sbb dia pun sakit2.. tak leh wat keje berat2..
kesian papa, terpaksa kemas sorang2..ibu nak tolong, tapi time tu izza demam.. merengek jer. tu lah, orang kata , "dah terhantuk baru nak mengadah"(betul ker peribahasa ni, mcm salah jer)..dah kena denggi baru nak clear umah..tapi papa kata banyak jugak.. kat area pasu bunga tu banyak jentik2..haii, seram ibu dengar..

jabatan kesihatan siap datang umah bagi sembur satu umah bila MIL dah disahkan kena denggi...nasib baik tak kena kompaun..kalo tak ribu riban jugak ler..sekor jentik2 aedes pun dah beratus-ratus apalagi kalo 10 ekor..ish ish..tu lah contoh teladan yang patut kita ikut kan..jgn sampai terkena baru nak insaf..

meh la kita kongsi apa itu demam denggi..bleh jadi renungan untuk diri sendiri..
Semua ni info dari sini..kalo nak info lebih mendalam, sila la google..banyak maklumat ada kat internet ..

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.



Thursday, October 14, 2010

kembali...

hai semua,,lama tak update entry..sorilah, sejak naik ofis lepas raya, ibu bz sesangat..projek banyak masyukkk, so banyak lah kejenya..nak update blog pun fikir 2, 3 kali..hehe

ni bertambah dah keje ibu..nak kena replace keje budak costing selama 2 bulan..akak tu cuti bersalin..ibu nih dah la lembab bab nombor2 nih..walaupun pernah belajar masa diploma 7 thn lalu, dah tentu lupa semuanya..aduii..nasib baik sempat blajar aritu..kalo tak haremmm la nak buat keje nih..peninggg...

sekarang balik umah lepas masak n buat semua keje, mesti terus pengsan..kesian kat izza, main sorang2..takper lah izza, 2 bulan jer ibu camni..lepas ni tak dah..

oklah banyak keje nak buat..c u next entry...

walaupun dah lambat sgt wish Selamat hari Raya sampai nak masuk raya deepavali, ibu tetap jugak nak wish."Selamat HAri RAya Aidilfitri" kat sume..

Monday, September 6, 2010

Memang Surprise!!!


kesinambungan daripada entry ni..
ibu memang betul2 surprise..terima kasih la kat boss sbb bagi duit raya kat kitorang...selalu bos kalo nak bagi duit raya, org ofis dah heboh, tapi kali ni tak plak..tetiba jer account officer kitorang suruh check akaun bank..kitorng pun tercengang2 gak lah..apehal nak check akaun plak..rupanya duit raya dah masyukkk daaa..yuhuuuuu..walaupun tak banyak mcm tahun lepas..takper lahh..leh la wat blanja raya nanti..

tq lah bos..



Wednesday, September 1, 2010

Bonus oh bonus


bonus bonus..rasanya dapat ke tak tahun nih?..dengar citer mcm tak dapt jer..PA bos kata, banyak projek tahun ni nak pakai duit..claim tak dapat lagikk...huwaaaaa..jgn lah tak dapat..baju raya tak terbeli lagi nih..mintak2 dapatlah..tahun lepas bleh dapat, kenapa tahun tidak kann..dapat 3, 4 ratus jadiklah..buat tambah2..bos buat surprise ke hape..langsung takder berita pasall bonus nihh...huhuhu
jeles tau ngan org kerajaan nih..dapat rm500..mintak separuh leh takk?

Wednesday, August 25, 2010

Mari Memasak!!

Jom main masak2..huhu..hari2 masak secara realiti, meh plak masak secara virtuality..macam pantun plak kan..hehe

hari ni ntah hape mimpi ibu nak main cafe world setelah lama meninggalkannya..tergerak plak tetikus tu nak mengklik cafe world..hish..kalo dah terjebak susah nak benti..

sebenarnya ada banyak keje opis nih..tapi ntahlah, rase malas tu membuak2 jer..

so meh la kita main masak2..ptg nanti masak bebetul kat umah ekk..




Wednesday, August 18, 2010

Birthday Izzati

oleh kerana papa gi outstation, kitorang 2 branak balik kg...nak tinggal kat umah mcm sunyi jer..so semalam tumpang kete adik ibu yang keje kat semban ni..sblm tu pun mak ibu telepon suruh tido jer kat kg..sbb risau ibu ngan izza sorang jer kat umah tu..kan aper-aper hal susah plak..takder orang tengok..padahal umah mertua dekat jer kalo nak bermalam pun..sajer tukar angin..

planningnya kan ibu nak celebrate birthday izza weekend ni..dalam perjalanan balik kg, mak ibu tepon suruh belikan kek untuk budak tecik tu..ibu cakap tak usah la beli dulu sbb nak beli hujung minggu ni ngan papa..tapi dah nenek sayang cucu kan, nak bangkang pun takleh,belikan jer la..kek biasa2 jer..

izza bukan main suka lah bila tau kita nak belikan kek untuk dia..tersengih-sengih minah tu masuk dalam kedai kek tu..hahaha..kalo diingatkan balik , lucu pun ader..

meh la tengok gambar..


ini budak tak sabau nak tiup lilin..


ini kek coklat biasa jer..saje beli atas permintaan nenek nak celebrate besday cucu..huhu


bila lilin dah dipasang, izza siap tepuk tangan sbb excited terlebih suda..hahaha


still fail tiup lilin..haha



Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers