ibu risau sbb dua hari wan dia demam, izza pun demam..ibu cepat2 bawak gi klinik..suhu naik 39 darjah celcius..panas tu..doktor tu plak just bagi ubat demam..alhamdulillah..izza tak aper..mungkin juga terkejut sbb seminngu tu bukan wan yang jaga dia, tapi atuk yang jaga..so dia rasa perhatian tu takder sgt..sbb tu demam terkejut..

izza yang demam..
sebaik jer MIL dah jadi suspek denggi, terus papa buat clearance kat umah tu..nak harap kat atuk izza pun tak bleh juga, sbb dia pun sakit2.. tak leh wat keje berat2..
kesian papa, terpaksa kemas sorang2..ibu nak tolong, tapi time tu izza demam.. merengek jer. tu lah, orang kata , "dah terhantuk baru nak mengadah"(betul ker peribahasa ni, mcm salah jer)..dah kena denggi baru nak clear umah..tapi papa kata banyak jugak.. kat area pasu bunga tu banyak jentik2..haii, seram ibu dengar..
jabatan kesihatan siap datang umah bagi sembur satu umah bila MIL dah disahkan kena denggi...nasib baik tak kena kompaun..kalo tak ribu riban jugak ler..sekor jentik2 aedes pun dah beratus-ratus apalagi kalo 10 ekor..ish ish..tu lah contoh teladan yang patut kita ikut kan..jgn sampai terkena baru nak insaf..
meh la kita kongsi apa itu demam denggi..bleh jadi renungan untuk diri sendiri..
Semua ni info dari sini..kalo nak info lebih mendalam, sila la google..banyak maklumat ada kat internet ..
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.





No comments:
Post a Comment