Followers

Friday, February 25, 2011

Berdebar..

Semlam dan arini ada audit ISO kat company ibu..semalam, ibu n auditor drpd sirim pergi Bera tengok site..hari ni dia check semua sekali documetation yang ada..Setakat pukul 12.30 tadi, Auditor tu dah selesai dah check sume..tinggal report jer belum buat..lepas pukul 2.00 nanti baru lah report ISO ni dikeluarkan..

ibu sgt berdebar nak tunggu resultnya..ape agaknya result tahun ni, lebih baik daripda tahun lepas ke aper?..dapat NCR ke tidak..risau betul lah..

Wednesday, February 23, 2011

Planning nak pregnant..

Tahun ni ibu planning nak pregnant..dah tiba masanya ibu nak menambah bilangan ahli keluarga setelah 4 tahun menunggu..lagipun umo pun dah 30 thn, harus untuk tambah satu lagi tu..lagipun ramai dah bertanya , bila nak tambah anak..so ibu kata tahun ni insyaallah kalo ader rezeki..doa-doakan la yer..


teringat iza masa kecik dulu..mcm mana lah kalo dia dah ada adik nanti, asyik kena buli kot adik dia nanti nih..

Tuesday, February 22, 2011

Entry Gitu-gitu

ini entry rushing..sebab lagi 5 minit nak balik..so entry ni gitu -gitu jer..bz sesangat..ni baru sempat nak bukak blog sume..

oklah dah 5 minit..choww..


Monday, February 21, 2011

Alhamdulillah rezeki..

hari ni ibu sgt gembira.. bukan ISo dah lepas yer..kalo ISO dah lepas lagi berganda gembira ibu..huhu

hari ni ibu gembira sebb rezeki ibu bertambah lagi..ibu dinaikkan pangkat..alhamdulillah rezeki 2011..walaupun belum 2 tahun ibu keje kat company ni, tapi bos dah beri kepercayaan kat ibu...syukrann

lepas ni tanggungjawab ibu akan bertambah ler..ibu kena planning banyak mende untuk menjadikan company ni mantop..huhu

doakan lah ibu jadi pekerja yang berjaya yer..



Citer ISO lagi..

Jangan la muntah ekk sbb ibu citer pasal ISo lagi..ibu berdebar -debar nih sebb ISo akan berlangsung minggu ni..ada masa lagi 3 hari nak settlekan aper yang patut..ibu risau selagi ISO ni tak lepas..nak buat keje lain dah tak leh buat dah..kalo buat pun tetap ISO berada di fikiran..kalo nak tido pun camtu..ISO sentiasa ada kat kepala otak nih..hishh..tak suka tul kalo ade situasi mcm nih..cepat lah masa berlalu..ibu nak cepat2 relaks drpd mende alah ISO nih..

p/s mcm org nak beranak plak..tunggu due date nak sampai..huhi

Friday, February 18, 2011

Cerita masak lagi..Kari Ketam..

ni entry lapar..teringat plak ketam masak kari semalam..terliur plak..

still dalam kuali..

semalam hari kedua masak kari ketam nih..request from papa..jarang dapat request luarbiasa mcm nih..sedap agaknya,,hehehe..

meh la kita tengok resepinya..resepi diambil disini



Wednesday, February 16, 2011

Masak Lemak Otak Lembu

Semalam kan cuti Maulidur Rasul..so takder la aktiviti lain selain memasak..semalm papa request nak makan otak masak lemak..so ibu suruh dia gi pasar cari otak..nasib baik ada..sbb otak ni susah nak dapat..laku betul kat pasar..harga pun bleh tahan..RM 7 seketul..

Jom kita tengok resepinya..

Bahan2nya:

1 ketul otak lembu
1 mangkuk santan
15 biji cili api (kalo nak pedas bleh tambah)
1 1/2 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit di hiris
1 biji serai
asam keping (yang sedang)
garam
ajinomoto (kalo nak sedap ler)
limau kasturi

Caranya:
1. Bersihkan otak lembu dengan membuang urat darah yang ada...
2. bila dah bersih, langirkan dengan limau kasturi untuk hilangkan bau hanyir otak..
3. Tumbuk cili api dan kunyit sehingga lumat
4. Sediakan periuk dan tuang santan.
5. Masukkan otak, bahan tumbuk, serai yang sudah di ketuk, daun kunyit dan asam keping ke dalam periuk yang berisi santan tadi.
6. Tenggekkan periuk ke atas dapur dengan api yang perlahan.
7. Kacau dengan kerap n perlahan2 untuk mengelakkan otak hancur.
8. Bila otak hampir masak , masukkan garam n ajinomoto secukup rasa.
9. bila dah masak , bleh di hidangkan dengan nasi panas..

otak yang dah bersih dan dah dilangirkan...susah nak bersihkan..kena hati2 ..kalo tak hancur ler otak nih..

proses memasak otak sedang berjalan..

inilah dia lauk tengahri sampai malam semalam..lauk otak tu papa balun seorang..ibu tak lalu nak makan otak tu..masak bleh la..ibu n iza makan ikan keli salai n tempe goreng tu jer.. ada satu lagi lauk, kangkung goreng..tak masuk plak dalam pic nih..


Monday, February 14, 2011

Site Visit di Bera

Sabtu lepas, ibu & site agent pergi ke Bera sebb nak tengok dokumentasi kat site projek sana.. pegi ke Bera tu jer dah makan masa 2 jam..tapi tak terasa penatnya, sbb ibu n site agent ibu banyak bersembang..tup tup dah sampai site office..

pukul 11 lebih baru sampai Bera..akhirnya..tapi ada lagi setengah jam baru sampai site office...

ini jalan pendalaman untuk site office..kena lalu lebih drpda 10 kampung nak ke site office..setengah jam perjalanan tu..actually, sepanjang perjalanan kawasan nih, sebenarnya tepi cabang sungai pahang..tak dan plak nak snap gambar sungai..site agent ibu drive laju sgt..

yayyy..dah sampi site office..emm, semak giler site office nih..barang tak susun elok2...huhhh..tak sampai setengah jam ibu kat site office..semua dokumen ok..lepas tu chow balik seremban..


inilah dia projek ibu kat Bera..lum siap lagi..lagi 40% baru siap..cepat lah siap..penat nak layan..

Sebelum balik seremban, ibu makan dulu ngan site agent & bebudak site...makan nasi goreng kampung jer.kul 2 lebih baru gerak seremban..

itulah journey ibu ke Bera kali nih..bukan senang yer ibu nak lepas ke sana kalo tanpa sebb..alhamdulillah semua berjalan lancar..semoga projek ibu ni cepat settle..tak kuasa nak layan lagi..


Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers