Followers

Wednesday, February 16, 2011

Masak Lemak Otak Lembu

Semalam kan cuti Maulidur Rasul..so takder la aktiviti lain selain memasak..semalm papa request nak makan otak masak lemak..so ibu suruh dia gi pasar cari otak..nasib baik ada..sbb otak ni susah nak dapat..laku betul kat pasar..harga pun bleh tahan..RM 7 seketul..

Jom kita tengok resepinya..

Bahan2nya:

1 ketul otak lembu
1 mangkuk santan
15 biji cili api (kalo nak pedas bleh tambah)
1 1/2 inci kunyit hidup
1 helai daun kunyit di hiris
1 biji serai
asam keping (yang sedang)
garam
ajinomoto (kalo nak sedap ler)
limau kasturi

Caranya:
1. Bersihkan otak lembu dengan membuang urat darah yang ada...
2. bila dah bersih, langirkan dengan limau kasturi untuk hilangkan bau hanyir otak..
3. Tumbuk cili api dan kunyit sehingga lumat
4. Sediakan periuk dan tuang santan.
5. Masukkan otak, bahan tumbuk, serai yang sudah di ketuk, daun kunyit dan asam keping ke dalam periuk yang berisi santan tadi.
6. Tenggekkan periuk ke atas dapur dengan api yang perlahan.
7. Kacau dengan kerap n perlahan2 untuk mengelakkan otak hancur.
8. Bila otak hampir masak , masukkan garam n ajinomoto secukup rasa.
9. bila dah masak , bleh di hidangkan dengan nasi panas..

otak yang dah bersih dan dah dilangirkan...susah nak bersihkan..kena hati2 ..kalo tak hancur ler otak nih..

proses memasak otak sedang berjalan..

inilah dia lauk tengahri sampai malam semalam..lauk otak tu papa balun seorang..ibu tak lalu nak makan otak tu..masak bleh la..ibu n iza makan ikan keli salai n tempe goreng tu jer.. ada satu lagi lauk, kangkung goreng..tak masuk plak dalam pic nih..


No comments:

Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers