Followers

Friday, May 11, 2012

Tak sabar nak tunggu esok!! kita enjoy..

Esok 12hb kan..ee tak sabarnya ..sbb esok nak gi bercuti ..12~14hb ibu bercuti..bestnya rasa..lama dah tak cuti2 malaysia..setahun sekali baru merasa..kalo tak, sibuk ngan keje jer lahh..sekali sekala rehatkan kepala otak n minda...

CAMERON HIGHLAND, ESOK AKU DATANG TAU..YAYYY..kita enjoy...




Thursday, May 3, 2012

Cameron Highland Lagi...

Sebenarnya tak sabau nak bercuti ke Cameron Highland minggu depan..kali ni pegi lama sikit..sebelum bersalin awal bulan 7 kang, lebih baik cuti-cuti malaysia dulu ngan papa n izaa....kang dah ader anak kecik, susah la nak bercuti..

tahun lepas pun dah pergi CH..tapi tak puas sbb pegi 1 hari 1 malam jer..kali ni pegi 3 hari 2 malam...syok nye rasa..

kali ni dah planning siap2 nak gi mana, gi mana..booking hotel pun dah sudah papa buat..tingal nak pergi jer..yang paling excited izza la..dia sibuk nak tengok butterfly la , strawberry la...ibu pun excited gak..yer lah..setahun sekali dapat bercuti..

HAi, cepatlah minggu depan...



Wednesday, April 25, 2012

lagi 2 bulan

hehhe, lama tul tak update entri kat blog ni..kemalasan melanda, .bukak blog hari2 tapi nak update malas..esok2 anak dah kuar jgn la jadi pemalas yer..

ibu lagi 2 bulan nak bersalin dah..ni dah masuk 7 bulan mcm2 kejadian yang berlaku..dengan tak cukup HB nya lagi..setiap kali cek, Hb kurang dari sebelas..tiap kali cek asyik amik darah jer..aritu buat MGTT amik darah sampai 2 kali..

dulu time pegnant kan izza , takder plak minum air gula bagai..dah jadi prosedur plak skang sesiapa yang pegnant 25 thn ke atas kena amik MGTT..dah la manis ..rasa nak termuntah jer..minum satu cawan plak tu..seksa rasanya..dengan perut kosong terus telan air gula..nasib tak masuk angin..kalo tak lama dah terbeluekk kat situ gak..huhu..

nampaknya, kali ni, ibu tak tau la ape jantina baby ni..aritu scan tak nampak..baby tak mau tunjuk..ingat hujung bulan ni nak buat 3D/4d la..nak tau jugak aper jantinanya..tapi terasa mcm girl lagi..bulat semacam jer perut ni...tak kisah lah..asalkan sihat kan..

nanti sambung lagi next entry..


Friday, February 24, 2012

Batukkkk!!! Arghhh

hari ni rasa tak berapa nak sihat sgt..batuk ibu semakin teruk..sampai bergegar kerongkong dan kepala ibu..nak buat keje pun tak lalu...perut pun sakit asyik kena tekan jer akibat batuk ni..nak makan ubat pun was-was sbb tengah pegnant..takut baby kat dalam tu jer..mintak2 baby ok ok jer kat dalam tu..



yang kesiannya ibu ni ha..bunyi batuk ibu membuatkan budak2 ofis tak leh wat keje (agaknya la)..bising kot..nak buat camner..kalo ibu ni tak pregnant lama dah ibu makan ubat batuk tu bergelen2 (ehh kang mati plak kalao bergelen2 kan)

ingat kalo tak tahan sgt, mlm ni jumpa doktor minta nasihat tak pun minta ubat kalo dia bagi...tak larat dah..tido malam pun tak lena..pagi2 pegi keje ngan kepala sakit tak cukup tido..dugaan betul pregnant kali ni..

Semoga Allah kembalikan kesihatan ibu demi baby..Amin



Monday, February 13, 2012

Happy terlebih-lebih gandanya..

ingat tak lagi entry ni happy berganda..

entry kali lebih berganda ganda happynya..huhu...tahun ni adalah tahun meramaikan zuriat gitu..tahun ni jer dalam family ibu sahaja akan ada zuriat baru..kali ni siapa plakk agaknya...

semalam ibu balik kampung, ibu dapat kabar yang menggembirakan..adik ipar ibu plak yang dah pregnant sekarang..wah-wah tahun ni mak ngan abah dapat 3 cucu sekaligus..ni dah jadi mcm triple happy..huhu

itu belum campur lagi ngan baby daripda sedara mara ibu..tahun ni tahun rezeki..ader ong punya..

oklah..daa..


Thursday, February 9, 2012

haii..

hai semua..lama betul tak update blog ni..pemalas sungguh tuan punya blog..ntah ler..tuan punya blog mcm dah malas bercerita sejak berbadan dua ni..tak der mood..sampai org keliling perasan, sejak ibu pegnant ni, cakap tak berapa nak banyak..sekali di tanya, sekali la jawab..pastu muka pun mcm tak der mood jer..asyik hangin tak tentu pasallpembawakan budak mcm tu kot kan..

lagipun banyak kerja sampingan yg perlu di settlekan..yang pindah umah la, yg mabuk2 lah, yang keje ofis tak pernah abis la..nak ISO la..yang itu yang ini..so masa 24 jam tu mcm sekejap jer untuk diluangkan walaupun sedikit untuk blog ni..kesian blog ni..lama menyepi..dekat 2 bulan gitu..

sekarang semua dah ok..rutin kembali normal..no mabuk2, not busy at all..cewahh..
ok lah c u next entry

Thursday, December 1, 2011

happy berganda...

arini happy sgt..walaupun kepala ni masih berpinar-pinar, tapi bila dengar berita gembira ni langsung hilang kepeningan itu..

ibu hepi sgt sbb tahun depan mak n abah akan dapat 2 org cucu..jgn salah sangka , ibu tak mengandung kembar..maksudnya, anak daripada ibu sendiri dan anak daripada adik ibu yang baru kawin bulan 4 aritu...wah happynya..nampak gayanya tahun depan sesama kitorang berpantang kat kg..sonoknya..baru ader geng berpantang kan..

lagi satu dalam family ibu , boleh dikatakan ader 4 org sedang mengandung ..sepupu ibu, ibu, adik ibu dan makcik ibu...tahun depan, masa hari raya ramailah budak-budak tecit nih..hahaha..

anyway, congartulation tu adik ibu yang akhirnya berjaya jugak mengandung setelah berusaha..hahaha..dah la tu sama pulak ngan ibu bulan bersalinnya..pandai ko kan ..hahha

meh kita tengok masa iza kecik2..agak2 muka adik iza yg akan datang ader muka camni gak ker...huhu..

Wednesday, November 30, 2011

Konsert Izzati update

dah lama dah entry ni dah tertangguh..sampai iza dah cuti sekolah dah baru nak update entry...bukan per..ibu tak der semangat langsung nak taip..sbb mabuk yang teruk..tak leh nak buat aper kecuali lelap lelap lelap..kalo tak lelap hidu bau vicks bagi hilang pening..seksa rasanya..

actually malam sebelum konsert iza dah stasrt demam..punca demam dah tentulah penangan ice blog. itupun atuk dia yang belikan..sbb dia berjalan2 ngan atuknya..kalo mintak kat atuk mesti dapt punya..kalo mintak kat ibu confirm tak dapat..sbb izza kalo dah pekena ais, mulalah batuk selsema..paling teruk kenalah demam sehari dua..esoknya masa hari konsert mood tak berapa elok, badan tak berapa sihat dan asyik nak berkepit ngan ibu..

ok lah, tak nak bebel banyak2, kita tengok je gambar kat bawah ni

iza yang asyik nak kat ibu..kawan2 lain sibuk nak berkonsert, dia plak sibuk berkepit ngan ibu..kesian izza..kalo dia tak demam mesti dia suh ibu duk kat tempat penonton tu..
alhamdulillah, bila konsert dah mula start, serta merta iza suh ibu gi kat papa..uii, lama gak nak meneman dia kat belakang pentas dek hilang mood sbb demam...
cuba teka iza kat ner..budak yg paling montel kat situ haa...huhu..
yang ni persembahan iza..sketsa flora & fauna..iza jadi bunga a.k.a flora..masa ibu tengok persembahan dia ni, ibu jadi sebak plak sbb tak sangka iza dah jadi budak besar dah..sob sob..
ni masa finale konsert tu..iza & kenkawan & teacher tadikanya..masa ni dorang nyanyi lagu auld lang syne (berjumpa & berpisah)..sedih plak dengarnya..ibu lagi sedihla bila tengok izza nyanyi pun takder semangat..mungkin penat sgt dan ditambah plak ngan demam..kalo ingat2 balik kesian tengok muka izza yang toya tu..

habis jer persembahan yang akhir tu, ibu n papa terus bawak iza gi klinik..tak sempat kitorang nak makan jamuan..cuma ibu sempat rembat 2 3 ketul karipap je buat alas perut.. ok lah, itu jer la suasana konser tadika izzati.itu jer la gambar yang ader, sbb tak lalu nak amik gambar bila tengok mood iza yang tak berapa ok tu..

Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers