Followers

Friday, February 24, 2012

Batukkkk!!! Arghhh

hari ni rasa tak berapa nak sihat sgt..batuk ibu semakin teruk..sampai bergegar kerongkong dan kepala ibu..nak buat keje pun tak lalu...perut pun sakit asyik kena tekan jer akibat batuk ni..nak makan ubat pun was-was sbb tengah pegnant..takut baby kat dalam tu jer..mintak2 baby ok ok jer kat dalam tu..



yang kesiannya ibu ni ha..bunyi batuk ibu membuatkan budak2 ofis tak leh wat keje (agaknya la)..bising kot..nak buat camner..kalo ibu ni tak pregnant lama dah ibu makan ubat batuk tu bergelen2 (ehh kang mati plak kalao bergelen2 kan)

ingat kalo tak tahan sgt, mlm ni jumpa doktor minta nasihat tak pun minta ubat kalo dia bagi...tak larat dah..tido malam pun tak lena..pagi2 pegi keje ngan kepala sakit tak cukup tido..dugaan betul pregnant kali ni..

Semoga Allah kembalikan kesihatan ibu demi baby..Amin



Monday, February 13, 2012

Happy terlebih-lebih gandanya..

ingat tak lagi entry ni happy berganda..

entry kali lebih berganda ganda happynya..huhu...tahun ni adalah tahun meramaikan zuriat gitu..tahun ni jer dalam family ibu sahaja akan ada zuriat baru..kali ni siapa plakk agaknya...

semalam ibu balik kampung, ibu dapat kabar yang menggembirakan..adik ipar ibu plak yang dah pregnant sekarang..wah-wah tahun ni mak ngan abah dapat 3 cucu sekaligus..ni dah jadi mcm triple happy..huhu

itu belum campur lagi ngan baby daripda sedara mara ibu..tahun ni tahun rezeki..ader ong punya..

oklah..daa..


Thursday, February 9, 2012

haii..

hai semua..lama betul tak update blog ni..pemalas sungguh tuan punya blog..ntah ler..tuan punya blog mcm dah malas bercerita sejak berbadan dua ni..tak der mood..sampai org keliling perasan, sejak ibu pegnant ni, cakap tak berapa nak banyak..sekali di tanya, sekali la jawab..pastu muka pun mcm tak der mood jer..asyik hangin tak tentu pasallpembawakan budak mcm tu kot kan..

lagipun banyak kerja sampingan yg perlu di settlekan..yang pindah umah la, yg mabuk2 lah, yang keje ofis tak pernah abis la..nak ISO la..yang itu yang ini..so masa 24 jam tu mcm sekejap jer untuk diluangkan walaupun sedikit untuk blog ni..kesian blog ni..lama menyepi..dekat 2 bulan gitu..

sekarang semua dah ok..rutin kembali normal..no mabuk2, not busy at all..cewahh..
ok lah c u next entry

Thursday, December 1, 2011

happy berganda...

arini happy sgt..walaupun kepala ni masih berpinar-pinar, tapi bila dengar berita gembira ni langsung hilang kepeningan itu..

ibu hepi sgt sbb tahun depan mak n abah akan dapat 2 org cucu..jgn salah sangka , ibu tak mengandung kembar..maksudnya, anak daripada ibu sendiri dan anak daripada adik ibu yang baru kawin bulan 4 aritu...wah happynya..nampak gayanya tahun depan sesama kitorang berpantang kat kg..sonoknya..baru ader geng berpantang kan..

lagi satu dalam family ibu , boleh dikatakan ader 4 org sedang mengandung ..sepupu ibu, ibu, adik ibu dan makcik ibu...tahun depan, masa hari raya ramailah budak-budak tecit nih..hahaha..

anyway, congartulation tu adik ibu yang akhirnya berjaya jugak mengandung setelah berusaha..hahaha..dah la tu sama pulak ngan ibu bulan bersalinnya..pandai ko kan ..hahha

meh kita tengok masa iza kecik2..agak2 muka adik iza yg akan datang ader muka camni gak ker...huhu..

Wednesday, November 30, 2011

Konsert Izzati update

dah lama dah entry ni dah tertangguh..sampai iza dah cuti sekolah dah baru nak update entry...bukan per..ibu tak der semangat langsung nak taip..sbb mabuk yang teruk..tak leh nak buat aper kecuali lelap lelap lelap..kalo tak lelap hidu bau vicks bagi hilang pening..seksa rasanya..

actually malam sebelum konsert iza dah stasrt demam..punca demam dah tentulah penangan ice blog. itupun atuk dia yang belikan..sbb dia berjalan2 ngan atuknya..kalo mintak kat atuk mesti dapt punya..kalo mintak kat ibu confirm tak dapat..sbb izza kalo dah pekena ais, mulalah batuk selsema..paling teruk kenalah demam sehari dua..esoknya masa hari konsert mood tak berapa elok, badan tak berapa sihat dan asyik nak berkepit ngan ibu..

ok lah, tak nak bebel banyak2, kita tengok je gambar kat bawah ni

iza yang asyik nak kat ibu..kawan2 lain sibuk nak berkonsert, dia plak sibuk berkepit ngan ibu..kesian izza..kalo dia tak demam mesti dia suh ibu duk kat tempat penonton tu..
alhamdulillah, bila konsert dah mula start, serta merta iza suh ibu gi kat papa..uii, lama gak nak meneman dia kat belakang pentas dek hilang mood sbb demam...
cuba teka iza kat ner..budak yg paling montel kat situ haa...huhu..
yang ni persembahan iza..sketsa flora & fauna..iza jadi bunga a.k.a flora..masa ibu tengok persembahan dia ni, ibu jadi sebak plak sbb tak sangka iza dah jadi budak besar dah..sob sob..
ni masa finale konsert tu..iza & kenkawan & teacher tadikanya..masa ni dorang nyanyi lagu auld lang syne (berjumpa & berpisah)..sedih plak dengarnya..ibu lagi sedihla bila tengok izza nyanyi pun takder semangat..mungkin penat sgt dan ditambah plak ngan demam..kalo ingat2 balik kesian tengok muka izza yang toya tu..

habis jer persembahan yang akhir tu, ibu n papa terus bawak iza gi klinik..tak sempat kitorang nak makan jamuan..cuma ibu sempat rembat 2 3 ketul karipap je buat alas perut.. ok lah, itu jer la suasana konser tadika izzati.itu jer la gambar yang ader, sbb tak lalu nak amik gambar bila tengok mood iza yang tak berapa ok tu..

Thursday, November 17, 2011

Konsert Izzati ..

Ingat arini nak update hari graduasi n konsert izza..tapi mood sgt tak memuaskan..so kita tengok gambar pentas dulu untuk intro...





Wednesday, November 16, 2011

tak pernah terjadi..

Mengandung kali ni betul2 buat ibu lemah longlai..dulu masa pregnantkan iza, ibu aktif jer..yang lemah longlai tu papa..papa yang ngidam memacam..ibu relak jer..tak ngidam per pun..

tapi kali ni teruk sgt..tak pernah terjadi lah dalam hidup ibu, loya sampai termuntah2, keje ofis langsung tak jalan, melepek jer, pening kepala, asyik sendawa angin jer..nak kata tak makan, every breakfast, lunch and dinner pasti makan..tak pernah miss..asam pun dah bergram-gram dah..ice lemon tea mesti ada untuk diminum tapi badan still lemau jer..

kalo masak plak, rasa taknak masak dah..time masak pun bleh terhenti-henti..masak yang sepatutnya 30 minit jadi 1 setengah jam..adoii tak leh tahan la camni..

p/s: masa taip entry ni, tetiba teringat tilam kat umah..nak TIDOOOOO....rasa nak MC jer arini..bestnya



Tuesday, November 15, 2011

M.O.O.D : Loya n mengantuk

mood mmg tak menentu arini..asyik mengantuk n rasa loya menguasai diri ibu skang..rasa nak balik umah, baring atas tilam empuk kat umah tu..heaven!!!

lunch tadi pun tak abis..tak berselera plak kali ni..padahal itu lauk feveret ibu...

nak taip entry pun makan masa 1 jam..padahal pendek jer..oklah..cukupla ..



Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers