Followers

Wednesday, November 30, 2011

Konsert Izzati update

dah lama dah entry ni dah tertangguh..sampai iza dah cuti sekolah dah baru nak update entry...bukan per..ibu tak der semangat langsung nak taip..sbb mabuk yang teruk..tak leh nak buat aper kecuali lelap lelap lelap..kalo tak lelap hidu bau vicks bagi hilang pening..seksa rasanya..

actually malam sebelum konsert iza dah stasrt demam..punca demam dah tentulah penangan ice blog. itupun atuk dia yang belikan..sbb dia berjalan2 ngan atuknya..kalo mintak kat atuk mesti dapt punya..kalo mintak kat ibu confirm tak dapat..sbb izza kalo dah pekena ais, mulalah batuk selsema..paling teruk kenalah demam sehari dua..esoknya masa hari konsert mood tak berapa elok, badan tak berapa sihat dan asyik nak berkepit ngan ibu..

ok lah, tak nak bebel banyak2, kita tengok je gambar kat bawah ni

iza yang asyik nak kat ibu..kawan2 lain sibuk nak berkonsert, dia plak sibuk berkepit ngan ibu..kesian izza..kalo dia tak demam mesti dia suh ibu duk kat tempat penonton tu..
alhamdulillah, bila konsert dah mula start, serta merta iza suh ibu gi kat papa..uii, lama gak nak meneman dia kat belakang pentas dek hilang mood sbb demam...
cuba teka iza kat ner..budak yg paling montel kat situ haa...huhu..
yang ni persembahan iza..sketsa flora & fauna..iza jadi bunga a.k.a flora..masa ibu tengok persembahan dia ni, ibu jadi sebak plak sbb tak sangka iza dah jadi budak besar dah..sob sob..
ni masa finale konsert tu..iza & kenkawan & teacher tadikanya..masa ni dorang nyanyi lagu auld lang syne (berjumpa & berpisah)..sedih plak dengarnya..ibu lagi sedihla bila tengok izza nyanyi pun takder semangat..mungkin penat sgt dan ditambah plak ngan demam..kalo ingat2 balik kesian tengok muka izza yang toya tu..

habis jer persembahan yang akhir tu, ibu n papa terus bawak iza gi klinik..tak sempat kitorang nak makan jamuan..cuma ibu sempat rembat 2 3 ketul karipap je buat alas perut.. ok lah, itu jer la suasana konser tadika izzati.itu jer la gambar yang ader, sbb tak lalu nak amik gambar bila tengok mood iza yang tak berapa ok tu..

Thursday, November 17, 2011

Konsert Izzati ..

Ingat arini nak update hari graduasi n konsert izza..tapi mood sgt tak memuaskan..so kita tengok gambar pentas dulu untuk intro...





Wednesday, November 16, 2011

tak pernah terjadi..

Mengandung kali ni betul2 buat ibu lemah longlai..dulu masa pregnantkan iza, ibu aktif jer..yang lemah longlai tu papa..papa yang ngidam memacam..ibu relak jer..tak ngidam per pun..

tapi kali ni teruk sgt..tak pernah terjadi lah dalam hidup ibu, loya sampai termuntah2, keje ofis langsung tak jalan, melepek jer, pening kepala, asyik sendawa angin jer..nak kata tak makan, every breakfast, lunch and dinner pasti makan..tak pernah miss..asam pun dah bergram-gram dah..ice lemon tea mesti ada untuk diminum tapi badan still lemau jer..

kalo masak plak, rasa taknak masak dah..time masak pun bleh terhenti-henti..masak yang sepatutnya 30 minit jadi 1 setengah jam..adoii tak leh tahan la camni..

p/s: masa taip entry ni, tetiba teringat tilam kat umah..nak TIDOOOOO....rasa nak MC jer arini..bestnya



Tuesday, November 15, 2011

M.O.O.D : Loya n mengantuk

mood mmg tak menentu arini..asyik mengantuk n rasa loya menguasai diri ibu skang..rasa nak balik umah, baring atas tilam empuk kat umah tu..heaven!!!

lunch tadi pun tak abis..tak berselera plak kali ni..padahal itu lauk feveret ibu...

nak taip entry pun makan masa 1 jam..padahal pendek jer..oklah..cukupla ..



Saturday, November 12, 2011

Konsert Tadika Izzati

Esok Hari Ahad kan..So esok ader konsert dan hari graduation untuk tadika izza..ibu tak sabar nk gi esok ni..sbb iza ader buat persembahan masa konsert tu....walaupun dia just jadi pokok yang menari2.. Huhu tak sabar rasanya tengok budak tecit tu berjoget...mesti best kan..

nanti ibu updatekan suasana konsert tu yer..

kat bawah gambar iza n kengkawan kat tadika tu masa jamuan hari raya yang lepas..gambar lama tapi layankan jer lah..hehe
kredit to Facebook Neng Norsham



Wednesday, November 9, 2011

Syukur.....Rezeki

Syukur ke hadrat Allah kerana memberi rezeki yang amat di tunggu-tunggu selama beberapa tahun ni..setelah usaha dilipatgandakan akhirnya Allah makbulkan segala doa ibu dan Papa..

kengkawan dan famili yang sering bertanya, terima kasih kerana mendoakan..pertanyaan anda dalam perjalanan 8 bulan lagi..terima kasih semua..doakan pula supaya semuanya berjalan lancar..

AMin..




Tuesday, November 8, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

masih tak terlambat rasanya ibu nak ucapkan selamat hari raya aidiladha kan..

minggu raya ni tak kemana-mana, just balik kg dan masak2 jer..raya tahun ni first time ibu masak rendang..nasib baik menjadi..papa pun thumbs up ..siap tambah2 lagi..huhu

balik kg pun masih masak2..tolong emak masak sup tulang daging korban..seperiuk masak sup sbb semua adik beradik balik..

hari ni start bekerja dan iza pun start balik ke tadika dah walaupun bubudak sekolah biasa still bercuti lagi..

anyway sesiapa yang bekerja arini selamat bekerja dan yang still cuti, selamat bercuti lagi..huhu



Friday, November 4, 2011

Sos Top Up 2 - Statistic

hari ni sajer-sajer tengok statistic blog ibu yang tak seberapa ni..sbb ibu jarang sgt tengok stat blog nih..malas nak godek..malas sokmo kan?? ok, meh la tengok entry aper yang paling banyak sekali direview..

ini statistic blogger yer

entry ni yang selalu di google oleh pembaca SOS TOP UP

entry ni ibu cerita pasal SOS top up untuk MAXIS..sbb ibu pakai MAXIS kan..

ini plak analytic daripada Nuffnang..
tapi bila tengok nuffnang kebanyakan pembaca cari digi sos top up..huhu, mesti pembaca tu hampa sbb ibu bukan pengguna digi sos top up ..so tak dapat nak bagitau caranya..

kalo maxis tu ibu bleh lah bagi caranya sbb dah biasa buat kan...

anyway, ibu mintak maaf yer, kalo info yang anda cari tak dapt kat sini..

untuk pengguna setia Hotlink, ibu bagi cara-cara untuk SOS top up :

Tekan *100#

Tekan menu 4. Tambah Nilai

Tekan no 5.SOS Top Up

then ikut la arahan yang ader yer.. ok selamat mencuba



Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers