Followers

Saturday, June 25, 2011

Maharaja Lawak..Sepah Menang ..Yayyy!!

yess, yesss, yess..akhirnya kumpulan Sepah menang MAHARAJA LAWAK..
semua org ingat JOZAN menang sbb selalu ranking diorang yang paling tinggi sekali..tapi SEPAH mmg best lah..tak kering idea ..ader jer lawak dorang..tak terpikir dek akal pun ader..

papa ingat JOZAN yang menang, tapi firasat ibu SEPAH yang menang..tepat plak tu kedudukan pemenang yang ibu firasatkan..

JAMBU yang dapat no 4 pun kira ok lagi sbb dapat duit RM 50,000.00..sapa nak bagi wei...tak menang pun takper..tapi masyukk tu beb...


ini keputusan malam tadi..

1st prize : SEPAH - RM 350,000.00 - menangis2 dorang dapat duit nih termasuk siti sarah..huhu

2nd prize : JOZAN - RM 250,000.00 - ni pun dah kira banyak dah duit nih kan..tak menang RM 350,000.00 pun tak ralat laaa..

3rd prize : NABIL - RM 150,000.00 - nabil mcm tau2 jer dia dapt no 3..tak sabar nak amik hadiah tu..

4th prize - JAMBU - RM 50,000.00 - tak dapat no 1 pun tak per..rm 50,000.00 sapa nak bagi nih..kira memang gak la nih..

Friday, June 24, 2011

Entah bila nak habis ntah!!!

hai semua, sowie la lama tak update cerita baru, bz sesangat..

ni nak meluahkan perasaan ni...

"Tension lah...tender ni ntah bila nak abis ntah..asik taip jer, pastu inking sampai nak termuntah jer rasanya tengok screen komputer nih...rasa mcm nak balik , nak tido jer..ada jer kejenya tak habis2..tengok org lain keje relax jer..keje relax tapi gaji naik jer..aku? keje banyak gaji tak naik2 apehal!!ishh , geram tul..buta agaknya top mgmt nih..pilih kasih..mentang2 lah aku buat 'keje-keje bodo' jer..'keje-keje bodo aku' ni menyumbang untuk company gak..kang aku berenti, baru ko tau susah kalo aku takder..bagi lah org kesayangan yang kunun tau semua benda sampai ko naikkan gaji dia....(melalut plak)

sambung bebel..

nanti kang abis keje tender, keje update ISO plak..eee bosan lah buat keja sama jer..tapi nak cari sesuap nasi dan duit punya pasal, keje jer lah ..jgn banyak komplen..nanti rezeki tak murahh..nanti bos marah plak kalo banyak komplen..tak pasal2 plak dia takmo cakap ngan aku lagi.."


p/s : nasib ader blog yang mendengar perasaan kita..lega sikit ibu rasa..

Tuesday, June 21, 2011

kembali..

haii semua..arini ibu kembali nak memeriahkan blog ibu kembali..terlalu bz buat kerja,..arini free sikitt..bleh ibu merepek meraban tak tentu pasal..tapi cerita mungkin dah basii..cerita pasal minggu2 yang lepas..ok..nanti ibu update lagi..

Tuesday, June 14, 2011

lama tak update cerita..

hai semua..lama tul tak update blog ni..tuan rumah bz memanjang..banyak tender nak hantar ..sampai 8 tender nak antar pada hari yang sama..mau tak bz ..

nak stori mori banyak cerita sepanjang bulan nih, tapi tak der kesempatan..tengok lah nanti masa terluang, ibu stori mori juga..

p/s - saja buat entry nak melepaskan rindu kat blog ni..adiosss


Friday, May 27, 2011

Duduk diam pun kena juga..

tak tau la aper nak jadi kan manusia nih..kenapa ader juga nak cari pasal walau kita tak cari pasal ngan dia...aper la motif dia nak buat camtu..kita yang duduk diam ni pun kena jugak..nasib la kita ni bukan jenis melenting tak tentu pasal..kalo tak mmg berperang la..

Sekian entry kena fitnah..mood sudah elekkk...tensionnn


Thursday, May 26, 2011

Tidur Sendiri

Semalam, ibu cuba ajar iza tido kat bilik sendiri..yelah selama 3 tahun 9 bulan iza tido ngan ibu kan..dah tiba masanya dia diajar tido sendiri... so ibu try la cakap ngan dia...mcm ni dialognya..

ibu: ija dah besar kan..ija tido sendiri kat bilik yer..


dia senyap sambil berfikir..

iza: emm, ibu tido sekali la ngan ija..
ibu: tak boleh..ija dah besar, ija kena tido sendiri..ija nak sekolah dah..takkan ija nak tido ngan ibu lagi..malu lahh


iza dah start nangis dah..sambil merayu..

iza: taknak, ija nak tido ngan ibu..ibu tido la ngan ija..

ibu: tak boleh..ibu nak tido ngan papa..ija kan ader bilik sendiri..ija tido la sendiri yer..kalo ija tido sendiri nanti ibu bagi hadiah..nanti kat bilik iza tido lah ngan bear, dengan nemo..boleh?

izza senyap bila ibu cakap nak bagi hadiah..pastu buat muka cam sedih sgt..

pastu ibu pujuk-pujuk lagi dengan kata2 manis..dia pun bangun amik bear dia amik nemo dia ajak ibu masuk bilik..

iza: ibu tidokan lah ija..ija nak susu..


ibu pun bawak lah dia masuk bilik..sampai kat katil, dia naik sendiri susun bear n nemo dia pakai selimut then dia suruh ibu keluar..

iza: ibu tunggu la kat luar..iza nak tido.
.

dalam hati ibu, aikk senang plak nak tidokan dia..tapi bila ibu nak pergi tengok tv, dia menjerit panggil ibu balik..

iza: ibu, jgn la tengok tv.. tengok la ija kat situ..

pulak dah..nak kena tengok dia tido dari jauh plak..masalah..

beberapa minit kemudian setelah susu habis, bleh plak dia bangun dapatkan ibu yang duduk di muka pintu bilik , pegang tangan ibu n ajak tido sekali ngan dia..ibu pun dah letih nak layan, ikut kan jer lah...akhirnya ibu yang mengalah sbb kesian..lastly ibu tertido sekali ngan dia..

So takder maknanya dia tido sendiri..takper itu percubaan pertama..tengok malam ni try lagi sekali..

korang yang ader tips tu silalah bagi tau..mana tau ader yang lebih baik kan..boleh dipraktikkan untuk izza nih..

ini masa kecik lagi..tido dalam buaiann..




Wednesday, May 25, 2011

Sembur Pontianak

suspen tak..heheh..ini cerita bulan lepas ni..baru nak buat entry..

dalam sejarah hidup ibu, inilah pertama kali ibu kena Gegata atau sembur pontianak..tak pernah seumur hidup kena camni.sekali kena mak aii, satu badan..pastu mulalah tergaru2 mcm beruk..

inilah sebahagian drpda gegata..ni baru kat tangan, belum tengok kat peha, badan, belakang, leher & perut..lagi teruk, besar2 plak tu bintatnya..

org kata mcm2 punca gegata ni..ader yg kata alahan pada pemakanan la, alahan pada habuk la, kalo yang mistik sikit, kena ludah dek pontianak la...boleh search internet kalo nak tau lebih lanjut..

ibu pun tak tau aper puncanya terjadi gegata ni pada ibu..nak cakap alahan pada makanan tak der lah pulak..ibu takder alahan pada makanan pun..takkan la ibu alahan pada ikan keli plak (aritu lunch lauk ni). . selama ni ibu makan ok jer..ibu syak mungkin baju yang ibu pakai kot..sbb baju tu dah lama dah ibu simpan dalam almari..tak pernah pakai..tu yg kena kot..agaknyalahh..puncanya hanya Allah yang tau..

ibu tak gi klinik pun tapi ibu makan ubat untuk hilangkan gegata ni..nama ubat tu Zyrtek ..itupun budak ofis yang hulur kat ibu, sbb dia pun kerap kena gegata ni..dia simpan stok .. beberapa jam kendian, ibu dah tak gatal lagi dan gegata tu pun dah beransur pulih..

malam tu semua gegata dah clear..alhamdullillah, berkesan sungguh ubat tu..risau betul ibu kalo kena penyakit nih..fikiran ibu masa tengah kena ni cuma ingat pada izza n papa..sapalah nak jaga dorang tu, sapalah nak masakkan makanan, nak basuh baju, nak kemas umah..ish ish..

sekian cerita kena sembur pontianak

Tuesday, May 24, 2011

Selamat Pengantin Baru Nieda & Madi..

baru nak update kenduri kawin adik ibu ni..biasalah tuan punya blog ni bz sgt..sowiee..

tak terlambat lagi rasanya ibu nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada adik ibu yang sweet ni...padahal dorang nikah pun nak dekat sebulankan..ish, ish..sowie lah..bz ..kaler tema dorang kale biru + putih..ini masa belah perempuan.. masa bertandang umah lelaki kaler hitam + putih plak..

comel jer pengantin nih..alhamdulillah, dengan sekali lafaz jer , acik ida dah jadi wife acik madi..huhu

majlis bersanding di sebelah pengantin perempuan

majlis belah lelaki kat jempol

keluarga besar belah ibu..bukan setakat keluarga besar, badan pun semua besar..

sebahagian jer gambar majlis kawin ni sbb gambar yang lain tak siap lagi..tunggu photographer siapkan baru bleh publish ekk..


Related Posts with Thumbnails

Jom Kita Berdegup-Degab Dgn Heartbeat.my

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers